08 Mei 2011

SEINDAH RASA

Tiada seorang megerti akan sebuah pengorbanan
Yang ku hulurkan tanpa kata
Tanpa lidah bersuara..
Hanya mampu melahirkan sebuah rasa.
Ku tahu siapa diriku..
Tiada layak untuk berkata..
Apatah lagi meminta minta..
Taukah kau ku hanya insan biasa..
Yang punyai rasa...
Serta punyai masa untuk mendidik anak bangsa..
Seharian bagiku cukup mengambarkan segalanya
Betapa aku sayangi akan dia..
Namun perubahan mempengaruhi segala..
Andai lidahku patah berbicara...
Kau pasti kan megerti segalanya..
Namun ku tetap seorang insan biasa..
Berpegang dengan pendirian yang nyata..
Berlandaskan prinsip yang sama
Berpijak di bumi yang nyata
kerana ku yakin DENGAN JANJINYA.

1 ulasan:

  1. perkongsian yang bermakna.

    "biar hina pada pandangan manusia,tapi tidak sesekali pada pandangan Allah. Sesungguhnya setiap satu perkara tetap akn dihitung walo hanya sebesar biji sawi" insyaallah perkongsian bersama=)

    BalasPadam