" Tidak beriman seseorang hamba itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri"
(Riwayat Al-bukhari dan Muslim).
Juga disebut daripada hadis Abu Hurairah daripada Rasulullah baginda bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menghormati tetamunya dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia tidak menyakiti hati jiran tetangganya dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia mengatakan yang baik-baik atau hendaklah dia diam sahaja"
Sabda rasulullah yang lain yang diriwayatkan oleh Tarmidzi dan Abu Daud yang bermaksud:
"Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya diantara mereka."
Pernah suatu hari, suatu peristiwa berlaku diamana seorang Arab datang kepada Nabi Muhammad lalu menarik jubah Nabi sehingga menyebabkan luka pada bahu baginda, kemudaian orang Arab itu berkata kepada Nabi: " Hai Muhammad, serahkalah kepadaku daripada harta Allah s.w.t yang ada padamu!." Baginda memandag kearah orang itu sambil tersenyum, lalu memberinya apa yang diminta. (Diriwaytkan Al Bukhari dan Muslim)
Jika orang menyeksa baginda, maka baginda akan berdoa ertinya: " Ya Allah, ampunilah kaumku, kerana mereka tidak mengetahui." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kisah Uwais Al-Qarni yang dilempar batu oleh kanak-kanak, maka dia berkata: " Wahai saudara-saudaraku, jika memang tidak ada pilihan yang lain, maka bolehlah kamu melimpari ku tetapi gunalah batu yang lebih kecil, agar betisku tidak berdarah sehingga menyebabkan aku tidak boleh melakukan solat."
Pada suata hari Ibrahim bin Adham pergi ke tanah lembah, lalu dia terserempak dengan prajurit perang. Prajurit perang itu bertanya kepadanya: "Dimanakah ada tempat yang baik?". Lalu Ibrahim menunjukkan kearah kubur yang dekat dengannya. Prajurit itu terus memukul kepala Ibrahim kerana teramat geram. setelah ada orang lain yang memberitahu kepada prajurit itu bahawa orang yang dipukulnya itu ialah Ibrahim bin Adham, maka prajurit itu menyesal akan perbuatanya lalu memeluk tangan dan kaki Ibrahim. Lalu Ibrahim berkata : " Ketika kepalaku dipukul, aku memohon syurga bagi orang memukulku kepada Allah, Aku sudah memperingat diriku disaat aku dipukul, bahawa jangan sampai aku mendapat kebaikan kerana kejadian itu, sedangkan dia mendapat akibat yang buruk."
Itulah gambaran jiwa yang dapat merendahkan diri kerana latihan sehingga akhlak mereka menjadi baik dan batinya tidak terpedaya lalu menghasikan keredaan terhadap takdir, siapa yang tidak memiliki sifat-sifat seperti mereka miliki ini, maka dia harus rajin melatih diri dan lama kelamaan tentu dapat mencapainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan