Jika didalam hati kita masih ada perasaan dan sifat yang dinyatakan diantara pintu-pintu yang mudah untuk di masuki oleh syaitan. Maka kita perlu menyediakn kuncinya-kuncinya agar ia tidak dapat dimasuki malah dihampirinya pun syaitan tidak berkeinginan.
Kita umpamakan syaitan ini seperti seekor anjing yang sedang kelaparan, jika ditangan kita ada makanan kegemaranya, nescaya dia akan menghampiri kita. Walau pun di halau dengan kata-kata (sikak, sikak.. perkataan orang Tamparuli ketika menghalau anjing) ia tidak akan membuatkan anjing itu lari dari kita. Dia tetap akan menunggu dan terus menunggu, dan sekiranya berkesempatan, ia akan merampasnya dari kita. Tetapi sebaliknya, sekiranya ditangan kita tiada apa yang membuatkan ia tertarik, nescaya dia tidak akan menghampiri kita. Hati yang kosong hanya akan menjadi santapan syaitan.
Syaitan akan pergi meninggalkan kita sekiranya kita banyak berzikir mengingati Allah. Tetapi hati yang dikuasai oleh hawa nafsu, zikir tidak banyak dapat membantu menghalau syaitan yang sudah menguasai lubuk hati kita. cuba kita ingat semula, ketika kita solat, lihat bagaimana syaitan menggoda kita, ketika itulah kita akan ingat pasal memancing, pasal Facebook, pasal play station, pasal komputer atau ape sahaja yang menjadi minat seseorang. Semua urusan dunia yang melalaikan kita.
Memang ada usaha atau ikhtiar terhadap apa yang terlintas didalam jiwa kita. Tapi itu semua bergantug kepada niat kita. Barangsiapa yang meninggalkan apa yang terlintas di fikiran kerana takut kepada Allah maka nescaya dia akan mendapat satu kebaikan. Tetapi sekiranya kita meninggalkan kerana sesuatu yang menghalangnya, perbanyakkan lah berdoa agar kita mendapat keampunanNya. semua perbuatan kita bergantung kepada niat. sekiranya kita berniat untk melakukan kejahatan atau kesalahan, ia adalah merupakan kesalahan. seperti sabda Rasulullah : "Jika dua orang muslim saling berhadapan dengan pedang masing-masing, maka yang membunuh dan yang di bunih berada didalam neraka." Ada yang bertanya: "Lalu bagaimana dengan orang yang di bunuh?" Baginda menjawab: "Kerana dia juga berniat untuk membunuh rakanya."
Bagaiman mungkin tidak ada hukuman terhadap niat sedangkan semua amalan bergantung kepada niat? Apakah sikap sombong, riak dan ujub hanya sekadar urusan batin? Jika seseorang lelaki melihat isterinya diatas katil tetapi menganggap isterinya itu adalah wanita lain maka dia dianggap berdosa menyetubuhinya. semua ini berkaitan dengan hati..
Hati adah punca kepada segala-galanya.. sekiranya hati itu baik, maka baiklah seluruh anggotanya tetapi sekiranya hati itu rosak, maka rosaklah selurah anggota manusia itu.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan