29 Mac 2010

Persoalan...????

Kita sering diajukan soalan.. Sihatkah kamu?. Engko ni kaye ke.?..Rajin kah ko? dan bermacam-macam lagi soalan sering ditanya kepada kita saban hari. Adakah kita sudah bersedia untuk memberikan jawapan kepada si penanya soalan. Mungkin kita berfikir.. kalau soalan macam tuh.. budak hingusan pun boleh jawab.

Persoalan di sini ialah.. betulkah atau selarikah jawapan yang kita akan berikan dengan jawapan yang sepatutnya di jawab oleh seorang yang  Beriman dengan Allah.

Saya cuba berikan satu contoh soalan dan jawapan yang biasa di berikan.. Kamu rasa diri kamu sihat ke? Tentu sekali orang akan memberi jawapan "Sihat".... Sedarkah kita selama ini, sihat bukan hanya pada jasad tetapi lebih kepada Rohani.. Sihat jasad tidak bermakna rohani pun turut sihat... Dalam sehari berapa kali kita makan makanan tambahan bagi kesihatan jasad.. Berapa jenis kita makan makanan tambahan dari harga spuluh ringgit hingga ribuan ringgit... Tapi kita tidak peduli kepada makanan rohani kita..

Dalam sehari berapa kali kita mengingat Allah, apa yang kita buat tanda kita bersyukur kepada Allah.. Bolehkah kita fikirkan bersama:

Kita mampu pergi bermain futsal atau badminton setiap malam, tapi mampukah kita pergi ke Masjid setiap waktu, atau paling tidak pun diwaktu malam.

Kita mampu menghafal lirik lagu melayu mahupun inggeris.. Tapi adakah kita mampu untuk menghafal 5-6 ayat al-Quran sehari.. ?

Kita mampu menghadap PC  atau Laptop atau TV sekian lame.. tapi mampukan kita meluangkan mase 10 minit untuk membelek Al-Quran?

Kita sanggup membeli buku yang berharga ratusan ringgit untuk keseronokan dunia.. tapi mampukan kita membeli kitab-kitab atau bahan bacaan keagamaan..?

Semua persoalan itu hanya akan terjawab apabile kita sedar siapa diri kita sebenarnya...

Untuk mencari jawapanya.... sama-samalah kita fikir..

28 Mac 2010

Lupakah kita..?

Firman Allah Surah al-Hasyr : 19 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik bagi menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang yang fasik - derhaka

Dimasa kita melupakan Allah, Allah akan melupakan kita dan akan menjadikan kita lupa kepada diri sendiri. Tersedia dua penyeksaan kepada orang yang melupakna Allah iaitu :
1. Allah Lupa Kepada Kita,
 Kita tidak akan dipedulikan oleh Allah, diabaikan, dibiarkan dan Allah akan mensia-siakan kita.
Pengahiranya kita akan ditimpa kebinasaan dan kesengsaraan.

2. Allah menjadikan kita lupa kepada diri sendiri.
Kita akan lupa kapada faktor yang akan mendatangkan kebahagiaan, kajayaan dan kebaikan kapada diri kita, begitu juga  perkara yang menyebabkan kesempurnaan kepada diri kita. Malah didalam hati kita Allah tidak memberi kesempatan untuk mengingatNya. Allah juga tidak mengerakkan diri kita untuk melakukan perkara perkara yang mendekatkan kita kepadaNya..

Ulama' ada menyatakan bahawa: " Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah mencapai atau memperolihi kebaikan, Allah akan memperlihatkan kelemahan dan cacat cela dirinya sendiri".

Kita jua sering lupa akan kecacatan, kelemahan, kekurangan dan penyakit diri sendiri. sebab itu tidak terbayang dalam fikiran kita cara atau usaha menghilangkan dan memperbaiki sifat-sifat negetif ini. Kita juga lupa penyakit dan penderitaan yang ditanggung  jiwa dan  hati kita. Maka tidak terfikir dihati kita untuk cuba mengubati dan berusaha untuk menghilangkan penyakit tersebut yang akan menyebabkan kemusnahan dan kehancuran diri. Ini menyebabkan kita menderita, menghidap penyakit kronik yang  akan mendedahkan kita kepada kebinasaan. Ini adalah antara seksaan dan resiko paling besar bagi diri kita.

Kebanyakan kita lupa kepada diri kita sendiri, kita mensia-siakan, mengabaikan bahagian yang ada disisi Allah.  Kita menjualnya dengan harga yang paling murah  yang langsung tiada nilai. yakni kita tertipu dengan urusniaga tersebut. Hal ini baru kita saksikan dengan jelas disaat menghembuskan nafas terakhir kita.  Saat yang paling jelas sekali ialah semasa kita berada di hari akhirat. sebagai mana firman Allah  didalam surah at-Taghabun : 9-10 yang bermaksud:
" Ingatlah di hari mana Allah mengumpulkan kamu pada hari pengumpulan, iaitu hari dinampakkan segala kesalahan. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal Soleh nescaya Allah akan menutupi kesalahan-kesalahanya dan memasukkannya kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. Itulah keberuntungan  yang besar. dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat kami, mereka itulah penghuni-penghuni neraka, mereka kekal didalamnya. Dan itulah seburuk-buruk tempat tempat kembali".

Apabila telah tiba hari kiamat, barulah jelas dan nyata bahawa kita telah tertipu dalam perniagaan tersebut. Disaat itu hati dan jiwa kita dicincang lumat akibat dari penyesalan yang teramat.

Manakal bagi golongan yang beruntung adalah golongan yang menjual kehidupannya yang fana iaitu kehidupan keduniaan dengan yang baqa' . Mereka berkata dengan penuh azam dan yakin, " Apa benarlah bagi kita nilai keduniaan ini dari awal hingga akhirnya sehingga kita akan menjual bahagian kita disisi Allah dan diakhirat dengan keduniaan?"

Inilah sebenarnya hakikat keduniaan  disaat hari kiamat telah tiba. Tatkala golongan orang yang beruntung sedar bahawa waktu mereka tinggal didunia ini sangat singkat dan mereka akan menempuh kehidupan selain daripada kehidupan ini iaitu negeri akhirat. Mereka menjalankan perniagaan dengan teliti dan bijak, mereka tidak mudah tertipu dengan cara perniagaan golongan masyarakat yang bodoh.

Jelas dan nyata bagi mereka kerugian dan ketertipuan perniagaan mereka dan nilai rendah yang mereka beli. Setiap orang didunia ini sebenarnya adalah peniaga, penjual dan pembeli. Setiap kita berada di pagi hari, lalu menjual dirinya, ada yang dapat memerdekakan dirinya dan ada pula yang  tidak berjaya membebaskan dirinya daripada kurungan atau kekangan pelbagai perkara nagetif...


25 Mac 2010

Al-Quran Penyembuh Rohani dan Jasmani

Setiap hari kita mambaca ayat-ayat al-quran (kalau kita solat lah). Bagi yang lagi rajin, mereka akan membacaAl-quran setiap hari seperti dia mewajibkan dirinya membaca satu helain sehari. Sedarkah kita bahawa apa yang kita baca itu mengandungi pelbagai hikmah, fadhilat dan keajaiban terkandung didalamnya baik secara tersurat mahupun tersirat..

Al-quran tidak syak lagi merupakan sebuah kitab suci yang diturunkan oleh Allah s.w.t  untuk memberi panduan kepada manusia dalam segala aspek kehidupan. Imam al-Ghazali didalam kitabnya Ihya Ulumuddin menyatakan: "segala ilmu pengetahuan, baik yang terdahulu, sekarang atau yang akan datang, semuanya berpunca daripada Al-Quran"

Salah satu kelebihan Al-Quran adalah fungsinya sebagai pencergah, penawar dan penyembuh pelbagai penyakit. Ini dinyatakan oleh Allah s.w.t. dalam surah Al-Isra' ayat 82 yang bermaksud: "Kami turunkan dengan beransur-ansur ayat-ayat  suci daripada al-Quran yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya. (Sebaliknya) Al-Quran  itu tidak menambahkan orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua".

Imam Muhammad a-Razi menafsirkan ayat ini dengan menjelaskan bahawa al-quran penawar yang boleh menyembuhkan penyakit rohani dan juga penyakit jasmani.

Penyakit jasmani atau penyakit luaran adalah penyakit yang melibatkan anggota badan atau organ dalaman manusia sama ada berpunca daripada pemakanan, kemalangan, sengatan binatang berbisa, perbuatan sihir atau wabak yang dibawa oleh virus. Contoh penyakit jasmani adalah seperti sakit mata, sakit perut, sakit gigi, demam dan lain lain lagi.

Sesungguhnya setiap penyakit ada ubatnya. Rasulullah s.a.w. bersabda dalam Hadis riwayat Ibnu Majjah yang bermaksud: " Tidak Allah menurunkan sesuat penyakit melainkan  Allah menurunkan ubat baginya".

Penggunaan ayat -ayat Al-Quran sebagai jampi bagi ikhtiar menyembuh penyakit hukumnya harus. Dalam hal ini, terdapat banyak hadis yang menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w turut menggunakan jampi-jampi berupa doa dan ayat-ayat Al-quran untuk mengubati penyakit jasmani.

Contohnya Aisyah r.a menceritakan dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh muslim yang bermaksud:
Rasulullah s.a.w biasanya, apabila ada salah seorang anggota keluarga baginda yang sakit, baginda menjampinya. sementara itu, ketika baginda sakit yang menyebabkan baginda wafat, aku juga menjampi baginda  dan mengusup baginda dengan tangan baginda sendiri, kerana tangan baginda tentu lebih banyak berkatnya daripada tanganku.

Sebagai kesimpulannya, marilah kita bersama-sama meningkatkan bacaan al-quran pada setiap masa. disamping itu juga kita berusaha untuk memahami isi kandungannya, meneliti tafsiranya dan memahami serta mengkaji  hikmah-hikmah yang terkandung didalamnya. amalkan bacaan dengan penuh yakin sebagai pelindung diri daripada syaitan, penerang bagi hati dan penyembuh bagi penyakit-penyakit rohani dan jasmani, khususnya surah-surah yang sering ditekankan oleh Rasulullah seperti surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, dua ayat terakhir surah Al- Baqarah, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan surah An-Nas.. Mudah-mudahan kita sentiasa beroleh rahmat dan keberkatan serta Al-Quran akan memberikan kita syafaat pada hari qiamat nanti

23 Mac 2010

Bekerja sendiri lebih menjamin kehidupan?

Pada pandangan saya keadaan ekonomi negara kita sekarang berada dalam keadaan tidak menentu. Didalam beberapa aspek pentadbiran negara, kesan kegawatan ini telah dapat dirasai apabila banyak peruntukan yang sebelum ini disalurkan kepada pihak terlibat telah sikit demi sedikit di tarik balik atau dikurangkan. Peluang untuk rakyat mencari pekerjaan juga semakin kurang. berapa ramai para siswazah atau pun lepasan sekolah yang tiada pekerjaan.

Bekerja merupana suatu tuntutan agama, lebih-lebih lagi bagi kaum lelaki yang bergelar suami atau bapa. ketua keluarga wajib mencari kerja untuk member nafkah kepada anak dan isteri supaya dapat menjalani kehidupan seharian dengan sempurna. Islam tidak suka umatnya bersikap malas bekerja. Islam tidak suka kepada pengangguran apatah lagi perbuatan meminta sedekah. Dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah bersabda yang bermaksud: Peminta sedekah tidak akan berhenti dari  meminta-minta sehinggalah bertemu dengan Allah  dan pada saat itu tidak ada sepotong dagingpun diwajahnya.

Oleh yang demikian, orang yang berkemampuan dituntut supaya mencari pekerjaan untuk menyara diri dan keluarga seterusnya terhindar daripada sifat meminta-minta bantuan dan simpati dari orang lain.

Bekerja sendiri bermaksud tidak bergantung kepada gaji bulanan daripada majikan. Banyak jenis pekerjaan yang boleh dilakukan sendiri seperti berniaga, menjalankan perusahaan sendiri, menghasilkan barangan sendiri, petani, penternakan, nelayan, tukang rumah, tukan jahit, tukang kasut sehinggalah kepada pekerjaan mencari rotan atau kayu dihutan. Disebut didalam hadith yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:  Dari Abu Hurairah r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Jika sekiranya salah seorang di antara kamu berangkat pada waktu pagi untuk mencari kayu lalu dia memikulnya diatas belakangnya. Kenudian dia bersedekah dengannya dan tidak mengharapkan pemberian daripada  orang lain, maka itu adalah lebih baik baginya dari meminta-minta daripada orang lain".

Apa yang ingin disarankan ialah agar para pembaca yang masih menganggur atau diberhentikan kerja supaya menceburkan diri dalam dunia keusahawanan samaada menjadi peniaga, petani, penternak dan seumpamanya. Bagi yang mempunyai line internet di rumah sendiri, gunaklah peluang dan kesempatan. Banyak cara yang boleh dilakukan.  Yang paling penting dan utama ialah HALAL.

Mudah-mudahan dengan usaha yang tekun dan gigih berbekalkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, akan lebih ramai usahawan muslim dapat dilahirkan. seterusnya dapat meningkatkan taraf ekonomi keluarga, masyarakat dan umat islam di negara ini. Perkara yang paling penting ialah sesuatu pekerjaan itu hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi yang bermaksud: "sesungguhnya Allah s.w.t menyukai seseorang kamu malakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh".

Jangan dihiraukan apa yang masyarakat perkatakan tentang kita, asal sahaja apa yang kita lakukan itu semata-mata untuk mencari rezeki yang Halal. tingkatkan keimanan, ketaqwaan dan motivasi diri untuk menghadapi segala halangan, cabaran dan rintangan yang bakal dihadapi dalam meneruskan kehidupan dalam dunia yang semaikin mancabar ini...

Fikir-fikirkan...


Bersama Kita Memartabatkan Sunnah Rasul Dalam Kehidupan..

Hari ini saya cuba membicarakan perkara berkaitan Sunnah Rasulullah, Persoalanya siapakah yang harus memartabakan Sunnahnya kalau bukan kita?

Dari segi bahasa As-Sunnah bermaksud perjalanan, amalan atau cara hidup, manakala darisegi istilah ahli-ahli Hadith ialah apa-apa yang terbit daripada Rasulullah samada perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat kejadian dan akhlak Baginda Rasulullah S.A.W Al-Quran dan Sunnah adalah sumber rujukan utama umat islam dalam kehidupan mereka semasa berada di dunia ini. Al-Quran sendiri telah memperakukan kedudukan sunnah. Allah s.w.t sendiri telah menentukan tugas Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan syariatNya. Kelahiran sunnah adalah ketetapan dan arahan wahyu Allah s.w.t. Antara kedudukan sunnah yang dinyatakan oleh Al-Quran adalah seperti berikut;

Pertama: Al-Quran memperakui bahawa Nabi Muhammad s.a.w tidak bertutur mengenai islam berdasarkan hawa nafsu, malah ia adalah wahyu daripada Allah, sepetimnana firman Allah dalam surah An_Najm ayat 3-4: Yang Bermaksud: "Dan dia tidak memperkatakan (yang berhubung dengan agama islam) menurut kemahuan hawa nafsunya. Segala yang diperkatakannya itu hanyalah diwahyukan kepadanya".

Kedua : Al-Quran sendiri menyuruh umat islam menerima segala apa yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Hasyr ayat 7: Yang Bermaksud: "Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasulullah kepada kamu, maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah laranganya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).

Dari Anas Bin Malik ra. katanya, Rasulullah s.a.w telah berkata kepadaku: "Wahai anakku, jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu. Kemudian baginda bersabda lagi: Wahai anakku, itulah perjalananku (sunnahku) dan barang siapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku didalam syurga". (Riwayat Tarmidzi) Persoalanya, mengapakah kita perlu mengikuti sunnah Rasulullah? Apakah pentingnya sunnah dalam aspek kehidupan kita?

Terdapat sebahagian orang yang rasa tidak senang terhadap terhadap islam dengan menyangkal dan mengatakan: " Kalau ikut Nabi, Tak majulah kita" Percakap seperti ini boleh menjejaskan aqidah. sepatutnya kitalah yang memartabatkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan. antaranya ialah:

1. Mengikut dan melaksanakan sunnah Rasulullah dalam segala aspek kehidupan dengan menjadikan baginda sebagai ikutan.

2. Menjadi orang mukmin yang berkualiti, bukan hanya mementingkan kuantiti.

3. Menyukai apa yang disukai oleh Nabi Muhammad s.a.w. berusaha untuk melakukan segala perkara yang Rasulullah suka dalam kehidupan seharian.

4. Membenci dan memerangi sesiapa sahaja yang menyakiti Rasulullah s.a.w.

5. Mempelajari dan menghayati sirah Rasulullah s.a.w. Ketahuilah bahawa tiada pilihan lain lagi bagi umat islam melainkan dengan menjadikan sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai ikutan dalam segenap urusan kehidupan.

Tumpuan kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh menghayati sunnah Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan seharian. sesungguhnya petunjuk Allah itu barkait rapat dengan sunnah Rasulullah s.a.w.

09 Mac 2010

Bertaubat Daripada Mengumpat

Seandainya anda terlanjur mengumpat seseorang, apa yang perlu anda lakukan?
Berikut dianjurkan beberapa langkah yang perlu dilakukan sebagai U-turn balik kepada hati yang bersih:

1. Bertaubat dan memohon kemapunan daripada Allah dengan menyesali apa yang telah dilakukan disamping berazam tidak akan mengulanginya.

2. Memohon Maaf Daripada Tuan empunya Diri yang telah diumpat samada dia terdengar umpatan kita - terdengar secara langsung atau tidak langsung - atau tidak.

3. Maafkan juga semua orang dan bersihkan hati daripada berprasangka terhadap manusia.

4. Memuji kebaikan Orang yang Diumpat didepan teman-teman yang mendengar umpatan tersebut bagi membersihkan kembali nama orang yang telah diumpat agar tidak dipandang serong oleh orang yang mendengar umpatan

5. seterusnya Doakan Kebaikan untuk orang yang diumpat

08 Mac 2010

Peribadi Cemerlang

Ciri-ciri yang dimilki oleh seseorang yang mempunyai peribadi cemerlang.
1. Tawaduk.
2. Murah Hati
3. Mendirikan Solat Malam
4. Takut akan Neraka
5. Bersederhana didalam membelanjakan harta yang dimiliki
6. Bertauhid
7. Menjauhkan Diri Dari Melakukan Pembunuhan dan Menghormati Kehidupan
8. Menjauhi Perbuatan Zina
9. Selalu melakukan Taubat Nasuha
10. Tidak Bersumpah Palsu dan Meninggalkan Perbuatan yang Tidak Bermanfaat
11. Menyelami Ayat-ayat Al-Quran
12. Memohon Kebaikan bagi Isteri dan Keluarga

07 Mac 2010

Amal Jariah Dengan Memberi

Buatlah kebaikan kerana ia akan "terus hidup" selepas kita mati. Ingatlah bahawa ada amal kebaikan yang kita lakukan, pahalanya terus kekal mengalir walaupun selepas kematian kita. Rasulullah bersabda yang bermaksud " Apabila mati seseorang itu, akan terputus daripadanya segala amalanya kecuali tiga perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya" (Riwayat Muslim)

Pertama
Amal Jariah. bagaimana kita mampu membina rumah anak yatim, masjid, sekolah, hospital dan lain-lain. Jika kita tidak miliki sifat memberi kepada orang lain? Orang yang bakhil tidak akan melakukannya. Mereka seolah-olah ingin membawa harta pulang ke kubur.

Kedua
Ilmu yang Bermanfaat. Ilmu yang diajarkan kepada orang lain. ilmu hanya akan menjadi amal jariah sekiranya kita mengajar kepada orang lain. Mengajar itu ertinya memberi ilmu. Hadis inilah yang menjadi prinsip hidup para ulama yang mana hidup mereka dipenuhi oleh episod mencari, memahami dan menyampaikan ilmu. Bertitik tolak daripada hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat" (Riwayat Bukhari)

Ketiga
Doa daripada anak yang soleh. Ianya terhasil oleh sikap memberi ibu atau bapa. Dengan segala jerih payah ibu bapa mengorbankan segala-galanya untuk membesarkan anak-anak dari aspek fizikal, pemikiran, emosi dan kerohanian anak-anak. Untuk itu, ibu bapa rela memberi segala-galanya untuk anak-anak. Hasilnya anak itu akan menjadi anak yang soleh. Tanpa sikap memberi ibu bapa, tidak akan terbentuk anak yang soleh..
Ingatlah bertapa Aallah melimpahkan kedalam jiwa ibu bapa sifat kasih sayang. sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan anak-anak yang lain. Malah, jika anak meragam, memberontak malah derhaka sekalipun, masih ada ibu bapa yang menyayangi mereka. dengan kasih sayang itulah ibu bapa berbakti kepada anak-anak tanpa meminta balasan.
Dilimpah juga kedalam jiwa ibu bapa sifat rajin, perihatin, simpati dan empati yang tak terhingga. Sewaktu anak masih kecil, segala keperluan diberikan. Ibu menjaga anak siang dan malam - menyusukan, mamandikan dan memakai pakaian - satu tugas yang dilakukan berulang-ulang tanpa rasa jemu. Bapa, akan sentiasa bekerja memerah keringat untuk menyara hidup keluarga tanpa rasa jemu, letih dan bosan.

Bukankah ketiga-tiga diatas berasaskan sifat memberi?
Inilah kebaikan dan kelebihan sikap memberi. Manusia berperanan sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Sebagai hamba, kita mestilah menjadi manusia yang baik. sebagai khalifah kita mesti memberi kebaikan, hanya orang baik dapat memberi kebaikan. dan kita akan menjadi orang yang baik selagi tidak memberi kebaikan. Bukanlah ini membuktikan bahawa hidup ini untuk memberi? Ya memberi kabaikan

PEMBANGUNAN DIRI

Untuk menjadi cemerlang, kita harus membangunkan diri kita terlebih dahulu, Tenaga untuk membangunkan diri harus datang daripada dalam diri, bukan daripada orang lain. antara kaedah membangunkan diri ialah:

1. Keyakinan yang tinggi kepada Allah.
Orang cemerlang meletakkan keyakinan bahawa Allah beserta dengan apa yang kita usahakan... Allah tidak menzalimi makhluknya. Mereka banyak berdoa dan berserah kepada Allah setelah melakukan segala usaha keras untuk berjaya. Mereka juga berpegang kepada moto "Berpantang Maut Sebelum Ajal". tiada sesuat yang mampu menahan kehendak Allah S.W.T. Keyakinan ini mampu memantapkan rohani kepada tahap Tinggi.

2. Disiplin yang mantap
Orang yang berdisiplin tinggi bekerja dengan sistematik. Mereka mempunyai rutin harian yang mantap. Disiplin yang tinggi mampu mengawal diri untuk menghasilkan keputusan yang cemerlang. lihat sahaja disiplin Imam al-Bukhari yang menghasilkan sahihnya dalam masa 16 tahun. Setiap hadis yang hendak ditulisnya dimulakan dengan mandi sunat dan solat 2 rakaat.

3. Ada motivasi dan inisiatif diri yang kuat
Orang yang berjaya bersungguh-sungguh dalam melakukan apa jua pekerjaan, tiada sifat malas dalam kamus kehidupan mereka. Untuk cemerlang kita perlu berusaha ketahap optimum. Mengikut sejarah Abu Ishaq al-Syirazi mengulang-ulang pelajarannya sebanyak 100 kali, mempelajari setiap tajuk sebanyak 1,000 kali dan menulis 100 jilid buku.

4. Meningkatkan kemahiran
Orang cemerlang mempelajari pelbagai kemahiran dan kepakaran. Otak manusia biasa mampu memiliki sehingga 120 jenis kemahiran. Kemahiran mengisi masa lapang kita. Sebab itu ahli motivasi berkata, untuk melihat "Untuk melihat kecemerlangan seseorang, lihat apa yang dilakukan pada masa lapangnya". Antara kemahiran diri yang perlu ditingkatkan ialah kemampuan berkomunikasi dengan baik (perhubungan awam), menguasai bahasa kedua dan ketiga, teknologi maklumat, pengurusan diri, pengurusan kewangan, DIY (do-it-yourself), mengemas rumah, menulis, mencari sumber pendapatan kedua dan ketiga dan sebagainya.

5. Sentiasa muhasabah diri
Akhirnya orang yang cemerlang sentiasa menilai dan mambaiki kelemahan diri. Prinsip hidup mereka adalah seperti Saidina Abu BAkar al-Siddiq yang berkata atau melakukan setiap perbuatan pada hari ini lebih baik daripada semalam dan seterusnya.

Kisah Si Abdul Yang Bakhil..

Tiga orang Sahabat bernama Abdul Wahab, Abdul Wahid dan abdul Wahub. Mereka ini sangat terkenal dengan sifat kedekut yang teramat sangat.oleh kerana tercabar denga cakap-cakap orang yang mengatanya, maka mereka pun berkira-kira ingin mendermakan wangnya kepada si miskin yang terdapat di tempatnya.

Abdul Wahab pun berkata " Aku akan melukis satu bulatan di atas tanah, lalu aku akan campakkan wang aku kelangit, sekiranya wang itu jatuh didalam bulatan, maka wang itu akan menjadi milik aku, tetapi sekiranya wang itu jatuh di luar kawasan bulatan, makan ia akan menjadi milik si miskin"

Lalu Abdul Wahid pun mendapat idea juga. dia pun berkata " aku pula akan melukis satu garisan di atas tanah, lalu akan ku lambung wang aku keudara, sekiranya wang itu jatuh disebelah kanan garisan itu, maka ia akan menjadi milik aku. tetapi sebaliknya, sekiranya wang itu jatuh disebelah kiri garisan, maka ia akan menjadi milik orang miskin"

Abdul Wahib terdiam seketika, mencari ilham bagaimana pula tindakan yang harus dilakukanya. Memandangkan dialah yang paling kedekut diantara ketiga-tiganya. lalu Abdul Wahib berkata " Aku pula, aku tak akan melukis apa-apa di atas tanah. Aku akan baling wang aku keudara.. sekiranya wang itu jatuh semula ke tanah, maka wang itu milik aku, tetapi sekiranya ia tidak jatuh. Maka wang itu akan ku dermakan kepada si miskin.....

Pengajaran Cerita...
Sikap pemurah bukanlah ditentukan samada kita ada harta ataupun tidak.. Namun ia adalah soal hati. Sekiranya kita ini seorang yang pemurah, banyak cara boleh dilakukan untuk menderma. Sebaliknya kita ini BAKHIL.. bermacam-macam alasan dicipta untuk tidah memberi derma...
" TEPUK DADA TANYALAH HATI"