28 Mac 2010

Lupakah kita..?

Firman Allah Surah al-Hasyr : 19 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik bagi menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang yang fasik - derhaka

Dimasa kita melupakan Allah, Allah akan melupakan kita dan akan menjadikan kita lupa kepada diri sendiri. Tersedia dua penyeksaan kepada orang yang melupakna Allah iaitu :
1. Allah Lupa Kepada Kita,
 Kita tidak akan dipedulikan oleh Allah, diabaikan, dibiarkan dan Allah akan mensia-siakan kita.
Pengahiranya kita akan ditimpa kebinasaan dan kesengsaraan.

2. Allah menjadikan kita lupa kepada diri sendiri.
Kita akan lupa kapada faktor yang akan mendatangkan kebahagiaan, kajayaan dan kebaikan kapada diri kita, begitu juga  perkara yang menyebabkan kesempurnaan kepada diri kita. Malah didalam hati kita Allah tidak memberi kesempatan untuk mengingatNya. Allah juga tidak mengerakkan diri kita untuk melakukan perkara perkara yang mendekatkan kita kepadaNya..

Ulama' ada menyatakan bahawa: " Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah mencapai atau memperolihi kebaikan, Allah akan memperlihatkan kelemahan dan cacat cela dirinya sendiri".

Kita jua sering lupa akan kecacatan, kelemahan, kekurangan dan penyakit diri sendiri. sebab itu tidak terbayang dalam fikiran kita cara atau usaha menghilangkan dan memperbaiki sifat-sifat negetif ini. Kita juga lupa penyakit dan penderitaan yang ditanggung  jiwa dan  hati kita. Maka tidak terfikir dihati kita untuk cuba mengubati dan berusaha untuk menghilangkan penyakit tersebut yang akan menyebabkan kemusnahan dan kehancuran diri. Ini menyebabkan kita menderita, menghidap penyakit kronik yang  akan mendedahkan kita kepada kebinasaan. Ini adalah antara seksaan dan resiko paling besar bagi diri kita.

Kebanyakan kita lupa kepada diri kita sendiri, kita mensia-siakan, mengabaikan bahagian yang ada disisi Allah.  Kita menjualnya dengan harga yang paling murah  yang langsung tiada nilai. yakni kita tertipu dengan urusniaga tersebut. Hal ini baru kita saksikan dengan jelas disaat menghembuskan nafas terakhir kita.  Saat yang paling jelas sekali ialah semasa kita berada di hari akhirat. sebagai mana firman Allah  didalam surah at-Taghabun : 9-10 yang bermaksud:
" Ingatlah di hari mana Allah mengumpulkan kamu pada hari pengumpulan, iaitu hari dinampakkan segala kesalahan. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal Soleh nescaya Allah akan menutupi kesalahan-kesalahanya dan memasukkannya kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. Itulah keberuntungan  yang besar. dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat kami, mereka itulah penghuni-penghuni neraka, mereka kekal didalamnya. Dan itulah seburuk-buruk tempat tempat kembali".

Apabila telah tiba hari kiamat, barulah jelas dan nyata bahawa kita telah tertipu dalam perniagaan tersebut. Disaat itu hati dan jiwa kita dicincang lumat akibat dari penyesalan yang teramat.

Manakal bagi golongan yang beruntung adalah golongan yang menjual kehidupannya yang fana iaitu kehidupan keduniaan dengan yang baqa' . Mereka berkata dengan penuh azam dan yakin, " Apa benarlah bagi kita nilai keduniaan ini dari awal hingga akhirnya sehingga kita akan menjual bahagian kita disisi Allah dan diakhirat dengan keduniaan?"

Inilah sebenarnya hakikat keduniaan  disaat hari kiamat telah tiba. Tatkala golongan orang yang beruntung sedar bahawa waktu mereka tinggal didunia ini sangat singkat dan mereka akan menempuh kehidupan selain daripada kehidupan ini iaitu negeri akhirat. Mereka menjalankan perniagaan dengan teliti dan bijak, mereka tidak mudah tertipu dengan cara perniagaan golongan masyarakat yang bodoh.

Jelas dan nyata bagi mereka kerugian dan ketertipuan perniagaan mereka dan nilai rendah yang mereka beli. Setiap orang didunia ini sebenarnya adalah peniaga, penjual dan pembeli. Setiap kita berada di pagi hari, lalu menjual dirinya, ada yang dapat memerdekakan dirinya dan ada pula yang  tidak berjaya membebaskan dirinya daripada kurungan atau kekangan pelbagai perkara nagetif...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan