Hari ini saya cuba membicarakan perkara berkaitan Sunnah Rasulullah, Persoalanya siapakah yang harus memartabakan Sunnahnya kalau bukan kita?
Dari segi bahasa As-Sunnah bermaksud perjalanan, amalan atau cara hidup, manakala darisegi istilah ahli-ahli Hadith ialah apa-apa yang terbit daripada Rasulullah samada perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat kejadian dan akhlak Baginda Rasulullah S.A.W
Al-Quran dan Sunnah adalah sumber rujukan utama umat islam dalam kehidupan mereka semasa berada di dunia ini. Al-Quran sendiri telah memperakukan kedudukan sunnah. Allah s.w.t sendiri telah menentukan tugas Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan syariatNya. Kelahiran sunnah adalah ketetapan dan arahan wahyu Allah s.w.t. Antara kedudukan sunnah yang dinyatakan oleh Al-Quran adalah seperti berikut;
Pertama: Al-Quran memperakui bahawa Nabi Muhammad s.a.w tidak bertutur mengenai islam berdasarkan hawa nafsu, malah ia adalah wahyu daripada Allah, sepetimnana firman Allah dalam surah An_Najm ayat 3-4:
Yang Bermaksud: "Dan dia tidak memperkatakan (yang berhubung dengan agama islam) menurut kemahuan hawa nafsunya. Segala yang diperkatakannya itu hanyalah diwahyukan kepadanya".
Kedua : Al-Quran sendiri menyuruh umat islam menerima segala apa yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Hasyr ayat 7:
Yang Bermaksud: "Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasulullah kepada kamu, maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah laranganya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).
Dari Anas Bin Malik ra. katanya, Rasulullah s.a.w telah berkata kepadaku: "Wahai anakku, jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu. Kemudian baginda bersabda lagi: Wahai anakku, itulah perjalananku (sunnahku) dan barang siapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku didalam syurga". (Riwayat Tarmidzi)
Persoalanya, mengapakah kita perlu mengikuti sunnah Rasulullah? Apakah pentingnya sunnah dalam aspek kehidupan kita?
Terdapat sebahagian orang yang rasa tidak senang terhadap terhadap islam dengan menyangkal dan mengatakan: " Kalau ikut Nabi, Tak majulah kita"
Percakap seperti ini boleh menjejaskan aqidah. sepatutnya kitalah yang memartabatkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan. antaranya ialah:
1. Mengikut dan melaksanakan sunnah Rasulullah dalam segala aspek kehidupan dengan menjadikan baginda sebagai ikutan.
2. Menjadi orang mukmin yang berkualiti, bukan hanya mementingkan kuantiti.
3. Menyukai apa yang disukai oleh Nabi Muhammad s.a.w. berusaha untuk melakukan segala perkara yang Rasulullah suka dalam kehidupan seharian.
4. Membenci dan memerangi sesiapa sahaja yang menyakiti Rasulullah s.a.w.
5. Mempelajari dan menghayati sirah Rasulullah s.a.w.
Ketahuilah bahawa tiada pilihan lain lagi bagi umat islam melainkan dengan menjadikan sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai ikutan dalam segenap urusan kehidupan.
Tumpuan kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh menghayati sunnah Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan seharian. sesungguhnya petunjuk Allah itu barkait rapat dengan sunnah Rasulullah s.a.w.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan