07 Mac 2010

PEMBANGUNAN DIRI

Untuk menjadi cemerlang, kita harus membangunkan diri kita terlebih dahulu, Tenaga untuk membangunkan diri harus datang daripada dalam diri, bukan daripada orang lain. antara kaedah membangunkan diri ialah:

1. Keyakinan yang tinggi kepada Allah.
Orang cemerlang meletakkan keyakinan bahawa Allah beserta dengan apa yang kita usahakan... Allah tidak menzalimi makhluknya. Mereka banyak berdoa dan berserah kepada Allah setelah melakukan segala usaha keras untuk berjaya. Mereka juga berpegang kepada moto "Berpantang Maut Sebelum Ajal". tiada sesuat yang mampu menahan kehendak Allah S.W.T. Keyakinan ini mampu memantapkan rohani kepada tahap Tinggi.

2. Disiplin yang mantap
Orang yang berdisiplin tinggi bekerja dengan sistematik. Mereka mempunyai rutin harian yang mantap. Disiplin yang tinggi mampu mengawal diri untuk menghasilkan keputusan yang cemerlang. lihat sahaja disiplin Imam al-Bukhari yang menghasilkan sahihnya dalam masa 16 tahun. Setiap hadis yang hendak ditulisnya dimulakan dengan mandi sunat dan solat 2 rakaat.

3. Ada motivasi dan inisiatif diri yang kuat
Orang yang berjaya bersungguh-sungguh dalam melakukan apa jua pekerjaan, tiada sifat malas dalam kamus kehidupan mereka. Untuk cemerlang kita perlu berusaha ketahap optimum. Mengikut sejarah Abu Ishaq al-Syirazi mengulang-ulang pelajarannya sebanyak 100 kali, mempelajari setiap tajuk sebanyak 1,000 kali dan menulis 100 jilid buku.

4. Meningkatkan kemahiran
Orang cemerlang mempelajari pelbagai kemahiran dan kepakaran. Otak manusia biasa mampu memiliki sehingga 120 jenis kemahiran. Kemahiran mengisi masa lapang kita. Sebab itu ahli motivasi berkata, untuk melihat "Untuk melihat kecemerlangan seseorang, lihat apa yang dilakukan pada masa lapangnya". Antara kemahiran diri yang perlu ditingkatkan ialah kemampuan berkomunikasi dengan baik (perhubungan awam), menguasai bahasa kedua dan ketiga, teknologi maklumat, pengurusan diri, pengurusan kewangan, DIY (do-it-yourself), mengemas rumah, menulis, mencari sumber pendapatan kedua dan ketiga dan sebagainya.

5. Sentiasa muhasabah diri
Akhirnya orang yang cemerlang sentiasa menilai dan mambaiki kelemahan diri. Prinsip hidup mereka adalah seperti Saidina Abu BAkar al-Siddiq yang berkata atau melakukan setiap perbuatan pada hari ini lebih baik daripada semalam dan seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan