Buatlah kebaikan kerana ia akan "terus hidup" selepas kita mati. Ingatlah bahawa ada amal kebaikan yang kita lakukan, pahalanya terus kekal mengalir walaupun selepas kematian kita. Rasulullah bersabda yang bermaksud " Apabila mati seseorang itu, akan terputus daripadanya segala amalanya kecuali tiga perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya" (Riwayat Muslim)
Pertama
Amal Jariah. bagaimana kita mampu membina rumah anak yatim, masjid, sekolah, hospital dan lain-lain. Jika kita tidak miliki sifat memberi kepada orang lain? Orang yang bakhil tidak akan melakukannya. Mereka seolah-olah ingin membawa harta pulang ke kubur.
Kedua
Ilmu yang Bermanfaat. Ilmu yang diajarkan kepada orang lain. ilmu hanya akan menjadi amal jariah sekiranya kita mengajar kepada orang lain. Mengajar itu ertinya memberi ilmu. Hadis inilah yang menjadi prinsip hidup para ulama yang mana hidup mereka dipenuhi oleh episod mencari, memahami dan menyampaikan ilmu. Bertitik tolak daripada hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat" (Riwayat Bukhari)
Ketiga
Doa daripada anak yang soleh. Ianya terhasil oleh sikap memberi ibu atau bapa. Dengan segala jerih payah ibu bapa mengorbankan segala-galanya untuk membesarkan anak-anak dari aspek fizikal, pemikiran, emosi dan kerohanian anak-anak. Untuk itu, ibu bapa rela memberi segala-galanya untuk anak-anak. Hasilnya anak itu akan menjadi anak yang soleh. Tanpa sikap memberi ibu bapa, tidak akan terbentuk anak yang soleh..
Ingatlah bertapa Aallah melimpahkan kedalam jiwa ibu bapa sifat kasih sayang. sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan anak-anak yang lain. Malah, jika anak meragam, memberontak malah derhaka sekalipun, masih ada ibu bapa yang menyayangi mereka. dengan kasih sayang itulah ibu bapa berbakti kepada anak-anak tanpa meminta balasan.
Dilimpah juga kedalam jiwa ibu bapa sifat rajin, perihatin, simpati dan empati yang tak terhingga. Sewaktu anak masih kecil, segala keperluan diberikan. Ibu menjaga anak siang dan malam - menyusukan, mamandikan dan memakai pakaian - satu tugas yang dilakukan berulang-ulang tanpa rasa jemu. Bapa, akan sentiasa bekerja memerah keringat untuk menyara hidup keluarga tanpa rasa jemu, letih dan bosan.
Bukankah ketiga-tiga diatas berasaskan sifat memberi?
Inilah kebaikan dan kelebihan sikap memberi. Manusia berperanan sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Sebagai hamba, kita mestilah menjadi manusia yang baik. sebagai khalifah kita mesti memberi kebaikan, hanya orang baik dapat memberi kebaikan. dan kita akan menjadi orang yang baik selagi tidak memberi kebaikan. Bukanlah ini membuktikan bahawa hidup ini untuk memberi? Ya memberi kabaikan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan