Setiap hari kita mambaca ayat-ayat al-quran (kalau kita solat lah). Bagi yang lagi rajin, mereka akan membacaAl-quran setiap hari seperti dia mewajibkan dirinya membaca satu helain sehari. Sedarkah kita bahawa apa yang kita baca itu mengandungi pelbagai hikmah, fadhilat dan keajaiban terkandung didalamnya baik secara tersurat mahupun tersirat..
Al-quran tidak syak lagi merupakan sebuah kitab suci yang diturunkan oleh Allah s.w.t untuk memberi panduan kepada manusia dalam segala aspek kehidupan. Imam al-Ghazali didalam kitabnya Ihya Ulumuddin menyatakan: "segala ilmu pengetahuan, baik yang terdahulu, sekarang atau yang akan datang, semuanya berpunca daripada Al-Quran"
Salah satu kelebihan Al-Quran adalah fungsinya sebagai pencergah, penawar dan penyembuh pelbagai penyakit. Ini dinyatakan oleh Allah s.w.t. dalam surah Al-Isra' ayat 82 yang bermaksud: "Kami turunkan dengan beransur-ansur ayat-ayat suci daripada al-Quran yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya. (Sebaliknya) Al-Quran itu tidak menambahkan orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua".
Imam Muhammad a-Razi menafsirkan ayat ini dengan menjelaskan bahawa al-quran penawar yang boleh menyembuhkan penyakit rohani dan juga penyakit jasmani.
Penyakit jasmani atau penyakit luaran adalah penyakit yang melibatkan anggota badan atau organ dalaman manusia sama ada berpunca daripada pemakanan, kemalangan, sengatan binatang berbisa, perbuatan sihir atau wabak yang dibawa oleh virus. Contoh penyakit jasmani adalah seperti sakit mata, sakit perut, sakit gigi, demam dan lain lain lagi.
Sesungguhnya setiap penyakit ada ubatnya. Rasulullah s.a.w. bersabda dalam Hadis riwayat Ibnu Majjah yang bermaksud: " Tidak Allah menurunkan sesuat penyakit melainkan Allah menurunkan ubat baginya".
Penggunaan ayat -ayat Al-Quran sebagai jampi bagi ikhtiar menyembuh penyakit hukumnya harus. Dalam hal ini, terdapat banyak hadis yang menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w turut menggunakan jampi-jampi berupa doa dan ayat-ayat Al-quran untuk mengubati penyakit jasmani.
Contohnya Aisyah r.a menceritakan dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh muslim yang bermaksud:
Rasulullah s.a.w biasanya, apabila ada salah seorang anggota keluarga baginda yang sakit, baginda menjampinya. sementara itu, ketika baginda sakit yang menyebabkan baginda wafat, aku juga menjampi baginda dan mengusup baginda dengan tangan baginda sendiri, kerana tangan baginda tentu lebih banyak berkatnya daripada tanganku.
Sebagai kesimpulannya, marilah kita bersama-sama meningkatkan bacaan al-quran pada setiap masa. disamping itu juga kita berusaha untuk memahami isi kandungannya, meneliti tafsiranya dan memahami serta mengkaji hikmah-hikmah yang terkandung didalamnya. amalkan bacaan dengan penuh yakin sebagai pelindung diri daripada syaitan, penerang bagi hati dan penyembuh bagi penyakit-penyakit rohani dan jasmani, khususnya surah-surah yang sering ditekankan oleh Rasulullah seperti surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, dua ayat terakhir surah Al- Baqarah, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan surah An-Nas.. Mudah-mudahan kita sentiasa beroleh rahmat dan keberkatan serta Al-Quran akan memberikan kita syafaat pada hari qiamat nanti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan