Ada empat perkara yang boleh di buat, Kata Imam Al-Ghazali.
Pertama
Yang terlebih afdhal, bahawa engkau menghabiskan waktu mu itu dengan mencari ilmu yang bermanfaat, bukan ilmu yang sia-sia yang sangat diminati orang sekarang ini, yang mereka namakanya ilmu manfaat (padahal ia bukan ilmu yang bermanfaat). Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menambah takut dirimu kepada Allah, dan menambah penglihatanmu terhadap aib dirimu, dan menambah makrifatmu dalam engkau beribadah kepada tuhan, dan menyedikitkan kegemaranmu terhadap negeri dunia dan menambah kegemaranmu terhadap negeri akhirat, dan membukakan pintu hatimu untuk mengenali bermacam-macam penyakit amalanmu sehingga engkau dapat menjauhinya.
Dan ilmu yang bermanfaat itu ialah ilmu yang menambah pengetahuanmu terhadap tipu helah syaitan dan penipuannya, sehingga engkau arif dengan kehalusan penipuan syaitan ketika ia menggoda ulama su' dan berjaya menjadikan mereka sebagai sasaran kemurkaan Allah, kerana mereka telah membeli dunia dengan agama, dan menjadikan ilmu sebagai alat untuk mengambil harta sultan, memakan harta wakaf, harta anak yatim, harta orang miskin dan harta orang Islam. Di sepanjang hari mereka hanya menghabiskan masa untuk mencari pangkat dan kedudukan dihati manusia. Untuk itu mereka sanggup menunjukkan segala kebolehan dihadapan orang ramai dan memperlihatkan kefasihan lidah mereka dalam berbahas dan berbincang...
Apabila engkau telah mencuba mengamalkan wirid-wirid dan ibadah (yang telah kami sebutkan) dan engkau dapati akan dirimu tidak merasakan keberatan dan tidak merasa malas melaksanakanya, bahkan nampak pada dirimu minat yang sangat mendorong engkau untuk mencari ilmu yang bermanfaat, dan engkau tidak menghendaki dengan mencari ilmu itu kecuali hanya keredoaan Illahi.dan negeri Akhirat. Maka menuntut ilmu ketika itu lebih afdhal daripada ib adah-ibadah sunat. Dan yang paling penting hendaklah engkau memastikan keikhlasan niatmu (kerana niatlah yang menentukan nilai amalanmu). Apabila niatmu tidak ikhlas maka disinilah tempat terpedayanga orang yang jahil dan disini pula tempat tergelincirnya kaki orang yang cerdik pandai.
Kedua,
Bahawa engkau tidak berkuasa menghasilkan ilmu yang bermanfaat tetapi engkau kuasai ibadah seperti berzikir, membaca Al-Quran, bertasbih dan sembahyang. Maka ini adalah darjat orang yang 'abid dan cara hidup orang yang soleh. Dengan cara ini engkau dapat tergolong didalam kumpulan orang yang beruntung.
Ketiga,
Bahawa engkau membuat sebarang pekerjaan yang dapat memberi kebaikan kepada orang-orang islam dan dapat mengembirakan hati orang-orang yang beriman, atau engkau menolong orang yang soleh didalam pekerjaan mereka seperti berkhidmat kepada para ulama' dan ahli sufi dan ahli agama dan berulan alik dalam menunaikan hajat mereka atau berusaha untuk memberi makanan kepada fakir miskin, atau menziarahi orang sakit, atau menghantar jenazah ke kubur, maka semua ini adalah lebih afdhal daripada semata-mata ibadah sunat sahaja. kerana amalan yang seperti ini selain sebagai satu ibadah ia juga merpuakan pertolongan kepada orang lain.
Keempat,
Jikalau engkau tidak dapat membuat salah satu daripada tiga perkara yang tersebut tadi maka berusahalah untuk menunaikan hajatmu sendiri dan mencari nafkah bagi dirimu dan keluargamu, sedangkan orang ramai selamat daripada gangguanmu, dan mereka juga selamat dari lidah dan tanganmu. Dan agamamu pula selamat, iaitu apabila engkau tidak terlibat dengan sebarang kemaksiatan. Maka dengan itu engkau akan dapat mencapai darjat Ash-habul Yamin, sekiranya engkau tidak dapat mencapai darjat As-Sabiqin.
(Imam Al-Ghazali, Bidayatul Hidayah:2008)
Daripada empat aktiviti yang disenaraikan tersebut.. dimanakah kedudukan kita??....renung-renungkan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan