Walau bagaimanapun usia tua ini dilihat dari segi keistimewaannya, sebagai orang yang beruntung kerana telah lama hidup, banyak pengalaman dan banyak amalan kebajikan untuk menambahkan bonus jika dibandingkan dengan orang yang mati semasa muda. Itupun kalau sekiranya mereka benar-benar beriman dan beramal dengan ikhlas dan jujur. Orang tua yang berilmu, beriman, beramal dan berbakti kepada kehidupan. Kebiasaan diusia tua begini, mata semakin kabur, pendengaran semakin kurang, gigi yang dahulu penuh menjadi semakin jarang, ingatan yang dahulu kuat semakin menjadi pelupa, rambut yang dulunya hitam menjadi semakin putih (beruban) dan jarang. Satu demi satu keupayaan pancaindera sudah ditarik. Mereka sentiasa menyedari entah esok atau lusa maut akan datang menjemput. Tidak kurang pula ada yang menjadi nyanyuk dan lupa.. Na'au zubillah.. Pernahkah anda membayangkan kehidupan anda di hari tua? Apakah persediaan anda mulai sekarang?
Sekiranya dikaitkan muda dengan masa, maka waktu muda diibaratkan sebagai waktu pagi, manakala ketuaan diibaratkan sebagai waktu senja. Diwaktu awal pagi orang berlumba-lumba menjalankan pekarjaan sebelum menjelang waktu senja. Begitu juga diwaktu muda inilah masa yang paling produktif untuk bertindak mencapai cita-cita dan matlamat hidup. Keadaan hidup kita diwaktu tua amat berkait rapat dengan tindakan tindakan yang kita lakukan diwaktu muda. Kegagalan kita bertindak diwaktu muda akan menyebabkan kita kurang berjaya diwaktu tua. Dimasa kita muda, kita jangan memandang hina dan rendah kepada orang tua, ingatlah suatu masa nanti kita juga akan menjadi tua. Apa yang kita lakukan kepada mereka akan berlaku kepada diri kita apabila kita tua kelak.
Ada 4 perkara yang sering dikaitkan dengan orang tua.
- Lemah - Suatau keadaan yang tidak bertenaga, tiada kekuatan dan lesu.
- Sakit - Menderita kerana tubuh tidak sihat.
- Miskin - Tiada berharta benda dan serba kekurangan.
- Mati - Tiada bernyawa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan