Solat mencakupi haji yang beerti menuju Baitullah, maka solat diwajibkan menghadap kearah kiblat. Solat mencakup zakat. Mengeluarkan zakat membuat harta menjadi kurang. demikian pula dengan solat, Apabila kiat bersolat membuatkan waktu untuk aktiviti lain dan pekerjaan berkurang.
Solat mancakup puasa. Orang yang berpuasa harus menahan diri daripada segala sesuatu yang membatalkan puasa. demikin juga dengan solat, harus berjuang menghadapi godaan syaitan disaat menunaikan solat. sebab itulah tempat solat disebut Mihrab. Mihrab adalah tempat Harb (Perang) melawan syaitan, dengan menegakkan solat didalamnya.
Oleh sebab itu, solat para nabi dan kekasih Allah yang mencakupi lima deminsi ibadah dalam islam. Ibadah solat disebut Tiang Agama, kerana mengandungi lima elemen utama ibadah Islam. Dan solat merupakan medium komunikasi paling tepat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Rasulullah sentiasa berpesan kepada umatnya untuk menjadikan solat 'wasilah' (perantara) mendekatkan diri dan berinteraksi dengan Allah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan