Melalui muhasabah diri, kita dapat memperbaiki kelemahan, kekurangan yang sedia ada. sikap megah, berbangga dengan keupayaan diri dan suka menuduh kelemahan diri orang lain adalah dilarang dalam islam... Sebaliknya kita hendaklah bersikap terbuka dan sedia menerima pendapat, pandangan dan teguran dari orang lain bagi memperbaiki kelemaha diri. Dengan ini kita dapat membina kekuatan diri serta ketahan jiwa..
Dari kekuatan diri akan melahirkan insan yang matang dalam membuat sesuatu tindakan dan boleh berfikir secara rasional... jika sekiranya kita menyedari yang kita telah melakukan kesilapan terhadap orang lain... Janganlah rasa malu untuk memohon maaf daripada orang berkenaan.. Kalau kita berdosa dengan Allah swt.. kita hendaklah memohon keampunanNya serat bertaubat tidak akan mengulangi kesalahan dan dosa yang dilakukan samada secara sedar atau tidak.. Oleh itu janganlah kita lupa,... mohonlah selalu keampunan Allah swt dan bertaubatlah segera sebelum kita terlambat... penyesalan tiada berguna lagi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan