Nikmat hidup adalah satu anugerah Allah.s.w.t. kepada kita. Apabila manusia hidup dialam ini, beerti ia dapat bernyawa, bernafas dan bergerak untuk menjalankan kegiatan yang telah dipertanggungjawab mentadbir dan memakmurkan bumi ini. Kalau kita mensia-siakan tugas dan masa, beerti kita juga telah mensia-siakan nikmat kehidupan yang amat berharga. Kehidupan insan semasa berada di alam rahim (kandungan ibu) amat terbatas. Waalaupun kehidupannya terbatas, namun ia mengambil masa untuk mengubah bentuk asalnya dari segumpal darah kepada rupa bentuk janin yang sempurna, Setelah cukup tempoh yang dijanjikan, janin tersebut lahirlah kedunia. Disini bermulalah perjuangan hidup kita sebagai khalifah Allah s.w.t . Kisah kehidupan kita bermula dari zaman kanak-kanak, kemudian membesar sebagai remaja dan dewasa. Semua peringkat kehidupan dialam tersebut akan memberi kesan kepada kehidupan dihari tua dan kehidupan selepas mati. Manusia diberikan tanggungjawab dan amanah oleh Allah iaitu mengabdikan diri kepada-Nya. Tempoh masa kehidupan manusia amat terbatas. Hukum Allah s.w.t kepada makhluknya menetapkan bahawa setiap yang hidup pasti akan mati.
Mafhum firman Allah s.w.t : "Setiap yang hidup pasti akan mati..."
(Ali Imran : 185)
"Nescaya Allah akan mengampuni sebahagian dosa-dosamu dan menangguhkan kamu sampai pada waktu yang telah ditetapkan. Sesungguhnya ketetapan Allah apabila datang tidak dapat ditangguhkan, kalau kamu mengetahui"
(Surah Nuh : 4)
Lantaran kerana hidup didunia ini hanya sekali. Maka amat wajarlah semasa hidup ini kita melakukan sesuatu yang berfaedah. Isikan masa yang ada dengan mengerjakan ibadah yang diperintahkan dan melakukan amalan kebajikan yang lain. Sesungguhnya amalan tersebut dapat mengukuhkan lagi keimanan kita kepada-Nya serta dapat menghindarkan diri daripada terjebak kelembah kejahatan.
Firman Allah yang bermaksud: "Bacalah apa yang diwahyukan kepadamu iaitu al-Quran dan dirikanlah solat. Sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain). Dan Allah mengetahui apa apa yang kamu kerjakan"
(Surah Al-Ankabut :45)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan