Dunia yang wujud pada manusia terbahagi kepada tiga bahagian. Diantaranya perlu untuk kebahagian manusia diakhirat dan sebahagiannya pula tiada kaitan.
Bahagian pertama terdiri daripada semua aktiviti keduniaan yang ada hubungan kehidupan manusia sesudah mati (akhirat). Aktiviti tersebut ialah ilmu dan amal, dengan syarat mereka memperolihinya dengan tujuan untuk kehidupan akhirat walaupun bahagian ini memberi nikmat kesedapan dan keseronokan tetapi tidak termasuk dalam pengertian dunia yang tercela.
Bahagian Kedua ialah aktiviti yang memberi keseronokan didunia ini tetapi membawa kesengsaraan diakhirat. Aktiviti ini terdiri daripada dosa atau nikmat yang dibenarkan oleh syariat, tetapi dengan cara yang berlebih-lebihan. Inilah yang dimaksudkan dengan pengertian dunia yang tercela.
Bahagian ketiga ialah semua perkara yang memberi keseronokan tetapi dilakukannya dengan bantuan ilmu dan amal . Ini termasuk hubungan seks yang sah, makan dan pakaian yang seharusnya. Bahagian ini tidak tergolong pengertian dunia yang tercela kerana kenikmatan dan keseronokan yang diperolihi oleh manusia secara sah.
Pada pendapat Imam Al-Ghazali, setiap perkara yang bersifat keduniaan yang tidak penting atau tidak mempunyai hubungan dengan kehidupan akhirat adalah tercela.Seorang yang memiliki sifat cintakan dunia yang tercela adalah individu yang mempunyai personaliti abnormal. Ini menunjukkan ada unsur-unsur kearah pemuasan hawa nafsu secara berlebihan. Bagi Imam Al-Ghazali, cinta dunia adalah sifat individu yang sentiasa menggunakan kesenangan dan keseronokan dunia secara berlebihan dari apa yang sebenarnya diperlukan.
Dari apa yang telah disampaikan oleh Imam Al-Ghazali, dapat di buat kesimpulan bahawa diri kita ini sering menyibukan diri dengan aktiviti keduniaan dan keuntungan sehinggakan kita lupa tujuan kita dihidupkan dan apakah matlamat kehidupan itu sebenarnya. kita sering terlupa kepada Allah dan akhirat sebagai tempat kembali yang kekal abadi... Kita sering terpedaya dengan perhiasan dunia sedangkan tiada satupun daripada perhiasan tersebut dapat menemani kita setelah mati malah perkara tersebut hanya menambah beban dan menjadikan kita sentiasa dalam kebimbangan dan kesedihan..
Petikan diatas diambil dari kitab Ihya Ulum al-Din ...
Semoga ianya dapat memberikan kesedaram kepada kita semua.. amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan