Dimasa sihat ini kita boleh makan apa sahaja, tetapi bila sakit, kita terpaksa mengawal makanan untuk kesihatan diri. Fenomena ini menjadikan kita insaf untuk mengingati kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Setelah sembuh kita bersyukur kepada-Nya kerana memberi peluang kepada kita sihat semula. Lebih baik lagi jika kita dapat bertaubat, berjanji tidak akan mensia-siakan waktu. Kalau dahulu amal ibadah dibuat sambil lewa sahaja, tetapi kini dikerjakan dengan bersungguh-sungguh kerana sentiasa mengingati mati. Selain daripada itu, melalui sakit tersebut, akan mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang kita kepada keluarga yang sebtiasa menjaga dan melayan kita semasa sakit. Hubungan saudara mara semakin erat kerana ramai saudara mara datang menziarahi kita.
Kesihatan yang baik sering dikaitkan dengan kekuatan, produktiviti dan kesempurnaan hidup. Sakit pula dikaitkan dengan penderitaan dan ketidakselesaan . Cuba anda fikirkan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan oleh orang yang sihat. Mereka bebas bermain, bekerja, bersukan dan melawat. Alangkah bahagianya jika kita sentiasa sihat. Ini membolehkan kita menikmati hidup dengan riang dan gembira.
Jesteru itu, masa sihatlah kita perlu berusaha, menuntut ilmu, memantapkan diri sebagai persediaan menghadapi masa hadapan. Sebaliknya alangkah ruginya diri kita sekiranya diwaktu sihat digunakan untuk melepak, bermain playstation, berkaraoke dan membuat taik mata (tidur). Kita sebagai manusia perlu bersyukur kerana Allah SWT mengurniakan nikmat sihat.
Marilah kita sama-sama mengunakan peluang yang masih diberikan oleh-Nya untuk kita menambah ilmu dan seterusnya dengan ilmu itu kita boleh beribadah. Sentiasa melakukan muhasabah diri dan melakukan taubat terhadapNya agar kita sentiasa berada dikalangan orang-orang yang beruntung.
Ingat mati, ingat sakit, ingatlah saat kau sulit,
Ingat-ingat hidup cuma satu kali,
Berapa dosa kau buat, berapa kali maksiat
Ingat-ingat sobat ingat lah akhirat
Cepat ucap Astaqfirullah halazim
Pandanglah kesana, lihat yang disana,
Mereka yang ternbaring di tanah
Bukan kah mereka pernah hidup juga,
Kita pun kan menyusul mereka,
Astaqfirullah hal azim
Sebahagian dari senikata lagu WaliBand bertajuk taubat....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan